Inspirasi Anda

Redha itu perlu, Rindu itu pasti

25hb Disember 2015 Abang, pagi ni bila bangun tidur air mata ayang menitis lagi...rindukan abang. Abang selalu ada dalam mimpi ayang.. ...

Tuesday, 2 August 2016

Buat Sodiqie Albie...

Sodiqie Albie...

Mengenali awak tidak sedikit pun terbit rasa penyesalan dalam hati
Mengenali awak membuat saya rasa bangga mengenali individu yg punya rasa hati yang sama
Mengenali awak membuatkan saya puas bercerita itu ini apa sahaja dengan awak
Mengenali awak membuatkan sayang kenal watak2 manusia dalam dunia ini

Tiada sedikit pun terbit rasa  marah
Tiada secubit pun prasangka buruk terhadap awak
Tiada sedikit pun rasa kesal dihati

Saya yakin di saat ini awak pun rasa sedih, terluka dan beban dengan apa yg berlaku
Begitu juga apa yg saya rasa
Seperti biasa..sebab rasa hati kita sama kan..
Kita umpama sebuah cermin...saya nampak saya dlm diri awak..

Awak banyak memberi kata2 semangat dan motivasi utk saya..maka saya yakin, awak pasti  cekal harungi ujian ini

 Syukur mengenali Sodiqie Albie..bahagia menyayangi Sodiqie Albie meskipun untuk seketika..

Setiap insan yg hadir dalam hidup kita semuanya bersebab. Hanya Allah yg Maha Tahu.

Dalam doa saya, sentiasa ada untuk awak, percayalah..saya juga nak lihat awak bahagia mencapai cita2 dan impian awak..

Sedihnya, kita tak dapat menggapai impian kita bersama..itulah taqdir.

Terima kasih kerana pernah buat saya tersenyum, ketawa dan bahagia..Hanya Allah yg dapat membalas kebaikan ini.
Terima kasih atas pengorbanan selama 8 bulan..bukan sedikit ..sebab..ianya memberi kesan baik dalam hati saya...

Dan...

Sebab RASA KITA SAMA..