Inspirasi Anda

Redha itu perlu, Rindu itu pasti

25hb Disember 2015 Abang, pagi ni bila bangun tidur air mata ayang menitis lagi...rindukan abang. Abang selalu ada dalam mimpi ayang.. ...

Tuesday 26 January 2016

27 Januari 2016. Selamat Ulangtahun perkahwinan..

27 Januari 2016

Assalamualaikum, cinta hatiku...Moga abang sangat bahagia di sana...Allah pastinya memandang abang dengan pandangan rahmatNya kerana kebaikan dan kesucian hati abang ketika didunia dahalu..ayang pasti..

abang, hari ni 27 januari 2016. Ulangtahun perkahwinan kita ke 9. Hari yang kita dah rancang mcm2 untuk menyambutnya, namun Allah sebaik-baik Perancang. Dia ambil abang untuk selamanya dan Dia tinggalkan ayang seorang diri merindui abang..mengingati apa yg kita rancangkan seorang diri...

Abang, 8 tahun 11 bulan 26 hari, Allah pinjamkan abang untuk menjadi suami ayang. Sangat indah menjadi isteri kepada seorang yg bernama KAZLIE BIN KUZI. Abang setia pd ayang hingga akhir hayat abang. apalah yg diharapkan lagi oleh seorang isteri..Disaat ini, Ayang sangat rindukan kasih sayang dan kebaikan abang..amat sukar dicari ganti. hanya Allah yg dapat memberi sebaik-baik ganjaran untuk abang...

Abang, hati abang terlalu suci utk seorang isteri seperti ayang. Ayang akui ayang banyak melakukan kesilapan sebagai isteri abang dulu. Namun, abang sering katakan yg abang selalu maafkan ayang..abang tak simpan dalam hati. Sungguh tenang hati abang menerima kekurangan fizikal dan kelonggaran akhlak ayang..

Abang, abang sempurna di mata dan hati ayang..sangat sempurna..abang sangat baik dan sukar nak cari kesalahan abang..kita lalui kisah duka dan suka kita bersama..kita menangis bersama2 bila org bercakap mcm2 tentang kita...hanya KITA yg tahu tentang kisah kita.. Ayang cintakan abang setulus hati ayang...

Hari ni dah 58 hari abang tinggalkan ayang. dan dah bermacam peristiwa yg ayang lalui tanpa abang...bermacam juga ujian yg Allah berikan utk ayang tanpa abang di sisi...sebak dan kdg2 menitis air mata ni bila hati ni meronta2 perlukan abang...Allahuakbar

Selamat hari Ulangtahun ke 9, abang. Percayalah, ayang sangat bahagia menjadi isteri abang. Hanya Allah yg tahu dan hanya Allah yg dapat membalas kebaikan dan kasih sayang abang kpd ayang selama ini. Terima kasih Abang kerana hadir dalam hidup ayang. Terima kasih Allah kerana meminjamkan dia utk diriku...Kerana kau kupilih, lalu kau setia kukasih. Kita jumpa di syurga ye, sayang...Ayang sayang abang, ayang cinta abang...tapi Allah lebih sayang dan cintakan abang...MOga abang damai disana..aameen.

No comments:

Post a Comment